Saman menyaman GLC dan Tajudin Tajudin_Ramli

Terdapat lebih 10 kes saman menyaman antara beliau dengan MAS, Telekom Malaysia Bhd., Naluri Corporation Bhd., Celcom (M) Bhd., Pengurusan Danaharta Bhd. dan Atlan Holdings Bhd. Tajudin pula mengemukakan saman balas ke atas 24 defendan termasuk GLC terbabit bagi menuntut ganti rugi RM13.46 bilion.[10]

Tajuddin menamakan 38 pihak termasuk beberapa personaliti korporat sebagai defendan dalam kes samannya. Ini termasuklah:

  1. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
  2. Danaharta Urus Sdn Bhd
  3. Danaharta Managers Sdn Bhd
  4. Mohamad Raslan Abdul Rahman
  5. Ooi Woon Chee
  6. Gan Ah Tee
  7. Kerajaan Malaysia
  8. Telekom Malaysia Berhad
  9. Telekom Enterprise Sdn Bhd
  10. Technology Resources Industries Berhad
  11. Celcom (Malaysia) Berhad
  12. Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB)
  13. Datuk Azman Yahya, pengarah Khazanah Nasional
  14. Datuk Abdul Hamidy Hafiz
  15. Datuk Zukri Samat
  16. Datuk Kris Azman Abdullah
  17. Naluri Corporation Berhad
  18. Atlan Holdings Berhad
  19. Atlan Properties Sdn Bhd
  20. Multi Esprit Sdn Bhd
  21. Datuk Seri Adam Sani Abdullah @ George Lim @ Maung Ng We @ Lim Yong Tong)
  22. Datuk Ong Koim Hoay
  23. Datuk Khalid Mohamad Jiwa
  24. Datuk Ong Kar Beau
  25. DFZ Capital Berhad, dahulu dikenali sebagai Sriwani Holdings Berhad
  26. Kim Kenny
  27. Cheim Dau Meng
  28. Tan Sri Muhammad Radzi Mansor
  29. Datuk Dr Md Khir Abdul Rahman
  30. Datuk Dr Mohd Munir Abdul Majid
  31. Datuk Lim Kheng Guan
  32. Rosli Man
  33. Tan Poh Keat
  34. Datuk Abdul Wahid Omar
  35. Bazlan Osman
  36. Datuk Azzat Kamaludin
  37. Ismael Fariz Ali
  38. Datuk Mohamed Yunus Ramli Abbas[11]


Pada 11 Mei 2007, syarikat GLC iaitu Danaharta dan dua anak syarikatnya, Danaharta Urus serta Danaharta Managers menuntut hutang RM589 juta iaitu baki pinjaman RM1.79 bilion .Pada 1994 Danaharta pernah memberi kepada Tajudin untuk membeli 32 % ekuiti dalam MAS pada harga RM8 setiap saham. Pada 2000, Tajudin menjual balik MAS kepada kerajaan dengan nilai RM1.8 bilion.[12]

Danaharta menjual Technology Reources Industries Bhd. (TRI) kerana hutang Tajudin yang tidak dibayar serta betapa perlunya Danaharta mendapatkan semula pinjaman.Tajudin cuba menghalang Danaharta menjual sahamnya dalam TRI dan Naluri yang sedang disandarkan kepada bank. Telekom Malaysia membeli kepentingan Tajudin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14 peratus dibuat melalui anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham.Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia) , syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular kedua terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik Tajudin dalam Naluri yang memiliki 4.57 % dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta.[13]

Ekoran itu ,Tajudin membuat saman balas iaitu menuntut pula RM6.25 bilion daripada Telekom dan 12 defendan yang lain berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta.Beliau menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan. Antara alasan Tajudin ialah pada 1994, beliau diarah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin agar membeli saham MAS sebagai satu Khidmat Negara bagi membantu Bank Negara Malaysia (BNM) mengatasi kerugian tukaran asing pada tahun 1994.

Pada 28 Ogos 2007, permohonan defendan iaitu Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn. Bhd., Technology Resources Industries Berhad dan Celcom (Malaysia) Berhad ditolak dengan kos.

Pada 5 Mac 2008, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Iris Anak Awen Jon membatalkan tuntutan balas Tajudin Ramli terhadap lapan dari 24 defendan bagi menuntut ganti rugi RM13.46 bilion .Lapan defendan itu ialah anak syarikat Danaharta iaitu Pengurusan Danaharta serta dua subsidiarinya, Danaharta Urus Nasional Bhd. (Danaharta) dan Danaharta Managers Sdn. Bhd dan empat pegawai Danaharta iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah serta Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB).

Ekoran 'kekalutan' itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan agar GLC menyelesaikan di luat mahkamah.[14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tajudin_Ramli http://malaysiakini.com/news/174163 http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_3_02.htm http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://lamankm2a.tripod.com/cgi-bin/forum.cgi/foru... http://skypin.tripod.com/ekon/ekon9.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...